Pengenalan Pusat Sumber TP Muar


Objektif  PSS :

  • memupuk tabiat belajar sendiri, membaca dan menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik.
  • menggalakkan pelajar dan guru/warga sekolah menggunakan pelbagai kemudahan dan sumber bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan.
  • membantu pelajar dan guru menghasil, menilai dan menggunakan pelbagai alatan dan bahan pengajaran sesuai dengan perkembangan semasa.
  • meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, potensi serta sahsiah individu.


VISI
Membudayakan teknologi pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara

MISI
Menjadikan Pusat Sumber Sekolah pusat penyebaran ilmu dan maklumat

MOTTO
Pusat Sumber Sekolah ke arah Kecenmerlangan Budaya Ilmu

Matlamat PPS :
  • Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
  • Membentuk  profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan bverdisiplin untuk membantu  pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
  • Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplin untuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.
  • Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer.


No comments:

Post a Comment