Pelancaran Hari Buku Sedunia peringkat sekolah

Hari buku sedunia  disambut setiap tahun pada 23 April. Disebabkan 23 April adalah hari sabtu maka ia ditunda ke 25 April iiatu hari Isnin.  Hari Buku  di lancarkan  untuk memberi penghargaan kepada penulis buku.  Penulis buku mendapatkan maklumat yang sangat berguna untuk disampaikan kepada pembaca.  Melalui pembacaan banyak ilmu pengetahuan yang boleh diperolehi selain daripada pengalaman seharian.  Oleh itu usaha-usaha dalam memartabatkan penulis buku supaya menambahkan karya masing-masing, maka  satu penghargaan diberi kepada penulis buku.
Dengan pelancaran ini juga diharapkan penekanan dalam membaca ditekankan  kepada pelajar supaya dapat menambahkan ilmu pengetahuan.  Bersempena hari Buku juga PSS Tun Perak telah mengadakan kuiz dan lawatan ke Pesta Buku Antarabangsaa di PWTC KL. Penganugerahan NILAM diberi kepada pelajar yang dapat membaca dengan banyak mengikut tingkatan.

No comments:

Post a Comment